fb fb fb fb fb

MAINJ tampung kos baik pulih masjid dan surau terbakar disyaki khianat

FOTO BOMBA

BATU PAHAT, 16 Januari- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menampung kos baik pulih sebuah masjid dan sebuah surau di Sri Medan, sini yang mengalami kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Masjid Kampung Simis terbakar pada Ahad lalu, manakala surau di Parit Bangas terbakar pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Sementara itu, siasatan menemui kesan petrol di bawah permaidani masjid yang terbakar pada Ahad lepas, selain penyapu lidi yang digunakan untuk menyalakan api.

Kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan kerosakan teruk apabila sebahagian besar peralatan termasuk mimbar terbakar dengan anggaran kerugian RM150,000.

Mohd Fared menzahirkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan berharap individu berkenaan dapat dibawa ke muka pengadilan.

Tambahnya, semua masjid dan surau di negeri itu juga akan diperiksa bagi memastikan pendawaian elektrik yang sudah terlalu lama dibaik pulih dengan segera.

1601 BAIK PULIH MASJID TERBAKAR 2

FOTO BOMBA

SITI AISHAH BINTI MD ISA