fb fb fb fb fb

Mahkamah Tinggi Kota Bharu benar permohonan batal dua petisyen Parlimen Gua Musang

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 9 Februari-Mahkamah Pilihan Raya di sini membenarkan permohonan pempetisyen yang juga wakil kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk membatalkan petisyen terhadap responden kedua dan ketiga.

Pengundi bagi Parlimen itu, Mohd Azmi Mahmood selaku wakil kepada calon Tengku Razaleigh telah mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakili responden pertama yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Datuk Mohd Azizi Abu Naim.

Petisyen pilihan raya bagi responden kedua dan ketiga dibatalkan dengan berkongsi kos sebanyak RM6,000.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan untuk keputusan awal bantahan petisyen berkenaan.


(Sekumpulan peguam yang mewakili responden di Mahkamah Kota Baharu/FOTO RTM)

Media Baharu