fb fb fb fb fb

Mahkamah Persekutuan dengar rayuan akhir kes SRC Najib

PUTRAJAYA, 18 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan sekitar jam 9.10 pagi tadi.

Pada prosiding hari ini dijangkakan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib yang diketuai peguam kanan, Hisyam Teh Poh Teik, akan membuat hujah pertama.

Seterusnya disusuli dengan penghujahan balas oleh pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mengemukakan bukti baru membabitkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa mempunyai konflik kepentingan dengan SRC.

(FOTO BERNAMA)

Selain itu Najib juga mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan kes ini bagi membolehkan pasukan peguam baharu yang dilantiknya membuat persediaan.

Bagaimanapun kedua-dua permohonan itu ditolak dan rayuan utama diteruskan hari ini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman, bagaimanapun hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Media Baharu