fb fb fb fb fb

MAHA 2022: Tambah baik aspek keselamatan, guna CCTV teknologi AI

SERDANG, 5 Ogos- Tempoh empat tahun sejak kali terakhir MAHA dianjurkan pada 2018 dimanfaatkan sebaik mungkin penganjur, Mardi Corp untuk menambah baik aspek keselamatan pengunjung.

Dengan jangkaan lebih 100,000 orang hadir setiap hari, MAHA 2022 pastinya memberikan cabaran besar.

Buat pertama kali, kamera litar tertutup (CCTV) dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan bagi melancarkan pengurusan lalu lintas dan pengunjung.

118 unit CCTV dipasang di lokasi strategik di tapak acara seluas 130 hektar itu dilengkapi teknologi pintar AI membekalkan data masa sebenar pergerakan pengunjung serta lalu lintas sekali gus membendung kegiatan tidak diingini.

"Dia akan naik di tepi jalan dan memotong wayar pagar dan masuk secara tidak betul, vandalismelah, tak betul. Kalau dulu tak dapat tangkap, sekarang dengan smart connectivity ini kita boleh kenal pasti muka mereka yang masuk secara haram ini dan kita boleh panggil pihak berkuasa untuk tindakan.

"Ini kita pentingkan keselamatan pengunjung," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mardi Corp, Zaidi Shahrim.

(Zaidi Shahrim)

Menariknya, data yang dikumpul dapat dicerakin dan ditafsir bagi tujuan penambahbaikan aspek penganjuran masa hadapan.

Ini merangkumi pelan tindak balas insiden jenayah dan kecemasan, hinggalah kemas kini pengisian satu-satu tarikan.

"Dan kita juga ada sistem AI yang kita panggil 'license plate recognition' yang secara tepat kita boleh mengira bilangan kenderaan keluar masuk sepanjang penganjuran MAHA 2022.

"Bila kita dah ada data bilangan pengunjung, mana mereka pergi, apa tempat mereka suka pergi, untuk MAHA akan datang kita boleh anjurkan MAHA yang lebih hebat dengan data tepat berkenaan pengunjung," jelas Zaidi lagi.

MAHA 2022 yang bermula semalam hingga 14 Ogos dengan tema Sekuriti Makanan Untuk Masa Hadapan bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

Media Baharu