fb fb fb fb fb

MAHA 2022 kembali temui Keluarga Malaysia

SERDANG, 5 Ogos- Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kembali menemui Keluarga Malaysia bermula semalam hingga 14 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

1,500 ruang pameran dan jualan disediakan pada MAHA kali ini mengikut segmen termasuk pameran oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pameran oleh syarikat swasta dan badan korporat tempatan serta seminar dan konvensyen agromakanan.
 
Seiring dengan temanya kali ini Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan mengenengahkan produk-produk mengikut segmen seperti "Ready For Market (Domestic or International)", nilai estetik, "wellness", produk kering, jualan segar dan basah, makanan dan minuman serta lain-lain lagi.

Kementerian Pertanian dan Industri makanan (MAFI) menyasarkan kehadiran 1.1 juta pengunjung pada tahun ini.


(Antara tarikan di pameran MAHA 2022)

Media Baharu