fb fb fb fb fb

LZNK sasar kutipan RM10.176 juta untuk "Projek Hassan"

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 14 Disember - Lembaga Zakat Negeri Kedah ( LZNK) menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM10.176 juta bagi wakaf Kilang Padi "Projek Hassan".

Sijil Wakaf Tunai Projek Hassan dilancarkan oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin pada 3 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata Projek Hassan adalah satu projek LZNK dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah; Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC); Assocation of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM); Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); Yayasan Wakaf Malaysia serta INCEIF University.

Projek Hassan bermatlamat untuk mewujudkan penjimatan, keadilan dan ketelusan dalam ekosistem industri padi di negeri Kedah. 

"Dengan wujudnya kilang padi dalam Projek Hassan, penghasilan padi yang diusahakan oleh peserta asnaf dalam Program Smart Sawah Berskala Besar Asnaf dapat diproses semula untuk diagihkan kembali kepada golongan asnaf di Pusat Agihan Bekalan Makanan Fakir Miskin di masjid-masjid," kata Syeikh Zakaria.

Sasaran kutipan sumbangan wakaf bagi membiayai projek ini ialah sebanyak RM10.176 juta yang boleh disalurkan melalui Kod QR dan kaunter-kaunter LZNK.

TETITIA YUSOFF