fb fb fb fb fb

LPP terima 2,500 tan kuota BPT bagi atasi ketiadaan bekalan di pasaran

Foto RTM

IPOH, 18 April - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima 2,500 tan kuota beras putih tempatan (BPT) setiap bulan sehingga hujung tahun ini untuk dipasarkan, sekali gus mampu mengatasi isu ketiadaan beras di pasaran.

Ketua Pengarahnya Datuk Azulita Salim berkata langkah intervensi itu telah dimulakan dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengguna.

Jelas Azulita, BPT berkenaan turut dipasarkan di 103 Peladang outlet (PO).

"Kelebihan LPP Outlet di merata-rata tempat berhampiran dengan Pertubuhan Peladang dan berada di luar bandar kawasan luar bandar

Perbincangan telah dibuat sekiranya 2500 tidak cukup, pihak kawal selia sememangnya tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan atau menambah lagi kuota untuk LPP", katanya demikian selepas merasmikan PO Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD