fb fb fb fb fb

LPP cadang buka lebih banyak Peladang Outlet

Mahfuz merasmikan Peladang Outlet LPP Kuala Terengganu, hari ini

KUALA TERENGGANU, 28 September - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhasrat membuka lebih banyak Peladang Outlet di seluruh negara.

Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar memberitahu, untuk permulaan pihaknya menyasarkan 20 cawangan dapat beroperasi sebelum akhir tahun ini.

"Setakat ini LPP telah membuka 18 Peladang Outlet di seluruh negara termasuk yang terbaharu milik LPP Terengganu. Satu lagi cawangan yang akan dibuka ialah di Kota Bharu, Kelantan," jelas kepada pemberita selepas merasmikan Peladang Outlet LPP Terengganu di Wisma Peladang, di sini hari ini.

Menurut beliau, Peladang Outlet dengan fungsi pusat sehenti itu berkonsepkan gabungan kafe kopi premium dan pasar raya mini yang mengetengahkan produk keluaran anggota LPP.

"Pembukaan Peladang Outlet ini merupakan strategi perniagaan bagi memanfaatkan cita rasa terkini golongan muda yang menggemari minuman terbabit," katanya.

Justeru beliau berkata LPP merancang untuk membuka lebih banyak cawangan termasuk di semua 279 pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

"Kita akan laksanakannya secara berperingkat. Untuk permulaan, kita buka cawangan di ibu negeri atau bandar besar terlebih dahulu sebelum ke lokasi lain termasuk pusat beli-belah," ujarnya.

Trainee2