fb fb fb fb fb

Lorong tengah, kanan jambatan P.Pinang ditutup 2 hingga 3 Mac ini

Notis penutupan jalan di Jambatan Pulau Pinang pada 2 hingga 3 Mac

GEORGE TOWN, 29 Februari- Lorong tengah dan kanan Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bermula 2 hingga 3 Mac ini kata Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam satu kenyataan.

Berikutan perkara itu pengguna dinasihati supaya merancang perjalanan susulan penutupan tersebut.

Penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai. Ia membabitkan laluan antara kilometer (km) 8.0 hingga KM 7.0 dan akan bermula pada 2 Mac pukul 10.00 malam hingga 3 Mac pada pukul 9.00 pagi.

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. Mereka juga dinashatkan supaya memathi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

"Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI