fb fb fb fb fb

Lori langgar pagar IPD, anggota polis cedera telah stabil

(Foto JBPM Perak)

IPOH, 29 Jun- Anggota polis yang cedera selepas sebuah lori kontena merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah semalam berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa berusia 23 tahun itu hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.

"Kerosakan yang dialami oleh IPD Tapah agak serius dan saya telah meminta ibu pejabat itu untuk menyediakan laporan untuk diberikan kepada saya. Saya akan bawa perkara ini kepada pihak lebih tinggi untuk kita mengambil langkah-langkah lebih proaktif untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan IPD Tapah dan juga keseluruhan IPD ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Ibadah Korban Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi semalam, lori kontena membawa muatan kerusi permainan itu sedang dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur sebelum terbabas dan merempuh pagar utama serta pos pengawal.

Pemandu lori direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(Foto JBPM Perak)

Media Baharu