Loji SAF pertama di Tanjung Langsat perkukuh penerbangan mampan

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

PASIR GUDANG, 27 Januari – Loji bahan api penerbangan mampan atau Sustainable Aviation Fuel (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat, Johor dilancarkan, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelancaran loji SAF komersial pertama di Tanjung Langsat menguatkan peranan Malaysia dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga.
  • Loji EcoCeres menukar biojisim sisa kepada produk bernilai tinggi, termasuk SAF, diesel boleh baharu dan produk bio termaju.
  • Keupayaan pengeluaran sehingga 350,000 tan setahun menyokong pasaran domestik, eksport dan peluang untuk PKS tempatan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pelancaran itu sejajar dengan Pelan Tindakan Penyahkarbonan Penerbangan Malaysia (MADB), yang menjadi rangka tindakan utama mengurangkan pelepasan karbon sektor penerbangan.

“Pelan tindakan ini memberi tumpuan kepada kecekapan, kemampanan dan menggalakkan penggunaan SAF sebagai bahan api penerbangan masa depan.

“Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, sasaran awal campuran SAF satu peratus penting bagi mewujudkan permintaan dan menyokong pertumbuhan pasaran”, katanya dalam ucapan perasmian loji SAF pertama EcoCeres di Malaysia, di sini.

Loji SAF oleh EcoCeres Renewable Fuel Sdn Bhd itu mencerminkan strategi Malaysia menukar biojisim berasaskan sisa kepada produk bernilai tinggi.

Ia juga mampu menghasilkan sehingga 350,000 tan setahun bahan api penerbangan mampan, diesel boleh baharu dan produk bio termaju untuk pasaran domestik serta eksport, selain membuka peluang kepada PKS tempatan.

Dengan operasi yang bermula Oktober lalu, kemudahan berteknologi tinggi itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar SAF terkemuka di ASEAN.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan