fb fb fb fb fb

LLM nafi wujud mendapan tanah berlaku di KM14.4 Lebuhraya ELITE

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada pergerakan atau mendapan tanah berlaku di KM14.4, Lebuhraya ELITE.

Sementara itu, pihak PLUS Malaysia Berhad dan Opus Consultants (M) Sdn Bhd telah mengesahkan pemulihan proaktif di lokasi sedang dilaksana bagi memastikan struktur lebuh raya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

"LLM juga berpendirian bahawa tiada pelepasan gas akan berlaku sehingga mendapat kebenaran pakar yang dirujuk," kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial isu berhubung kerja pemasangan paip gas yang dijalankan tidak mengikut syarat kelulusan pihak ketiga di KM14.4, Lebuhraya ELITE.

Susulan isu tersebut, LLM mengarahkan PLUS untuk menjalankan pemantauan berterusan di tapak itu sejak Ogos 2023 bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa terjamin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM