fb fb fb fb fb

LKIM jamin bekalan ikan cukup menjelang TBC

Foto BERNAMA

PARIT BUNTAR, 18 Januari- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bahawa bekalan ikan di seluruh negara mencukupi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata harga bahan mentah itu juga dijamin terkawal sepanjang musim perayaan.

Pihaknya bekerjasama dengan persatuan-persatuan nelayan dan syarikat swasta dalam usaha memastikan bekalan ikan mencukupi.

"Setakat yang kita ada, stok simpanan kita hampir 1,600 tan metrik. Itu tidak termasuk ikan import dan juga ikan-ikan yang ditangkap oleh nelayan.

Sejak dulu lagi, sewaktu kita berdepan Monsun Timur Laut (MTL) dan sekarang musim perayaan. Insya-Allah, bekalan ikan cukup sebab kita ada stok simpanan ikan," kata Muhammad Faiz kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program MADANI: Anak Nelayan Kembali ke Sekolah (LKIM-PETRONAS) di Dewan PDT Tanjung Piandang.

Pada program tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan kuota minyak diesel sebanyak 1 juta liter kepada nelayan di Perak.

Ini dilakukan mengambil kira bilangan jumlah vesel yang banyak selain pencapaian negeri itu mencatat pendaratan ikan terbanyak di negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM