fb fb fb fb fb

LISC 2024: Hari kemuncak meriah, acara memancing laut dalam jadi tumpuan

Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2024 melabuhkan tirainya selepas tiga hari penganjuran

LABUAN, 28 April- Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2024 memasuki hari terakhir penganjurannya, hari ini.

Program anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik itu berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Labuan.

Acara dimulakan dengan LISC Run 2024 yang telah bermula sejak awal pagi tadi melibatkan seramai 308 peserta dari dalam dan luar negara.

Seterusnya diikuti acara berkayak mengelilingi Labuan dianggarkan sejauh 30 kilometer.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Selain itu, turut diadakan, Pertandingan Silat Pantai LISC yang disertai seramai 226 peserta juga dari dalam dan luar negara termasuk Brunei Darussalam.

Antara yang menjadi tumpuan ialah acara memancing laut dalam anjuran Daiwa yang menyaksikan pelbagai jenis ikan dengan berat mencecah melebih 40 kilogram.

Ia disertai seramai 184 peserta terdiri daripada 23 peserta dari Hong Kong, Brunei (10), Filipina (3), Singapura (3), Thailand dan Indonesia termasuk peserta dalam negara dengan menawarkan hadiah sebanyak RM45,000, naib johan RM15,000, tempat ketiga RM10,000 dan RM5,000 tempat keempat.

2804 CABARAN SUKAN LAUT 3
Sebahagian ikan yang berjaya didaratkan oleh peserta

 

2804 CABARAN SUKAN LAUT 2
Acara bola sepak pantai antara yang menghiasi LISC 2024

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE