fb fb fb fb fb

Liputan 5G capai 73 peratus di kawasan berpenduduk

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 8 November- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited bagi memastikan jaringan jalur lebar terus di perluaskan terutama ke kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, ketika ini, Pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara sedang giat dijalankan secara berperingkat tertumpu di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi serta mempunyai aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi.

"Sehingga 31 Oktober 2023, liputan di Kawasan berpenduduk  (COPA) di seluruh negara telah mencapai 73%, manakala negeri Kelantan telah mencapai 45.5%.

"Bagi pembinaan tapak 5G di negeri Kelantan, DNB menyasarkan sebanyak 199 tapak 5G akan disiapkan secara berperingkat sehingga Disember 2023.

"Setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 132 tapak 5G telah siap dibangunkan, termasuk lima di Jeli, empat di Gua Musang dan dua di Kuala Krai", kata Nie Ching ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik di parlimen.

Mengenai penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah PoP pula, Nie Ching berkata sebanyak 37 daripada 167 PoP berjaya disiapkan di Kelantan, menjadikan 4,048 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat.

Sementara itu, Nie Ching turut memaklumkan  hanya tujuh juta pengguna sahaja yang mempunyai peranti dengan liputan rangkaian 5G.

Selaras itu, kerajaan terus berusaha memastikan pengguna tidak akan terkesan atau ketinggalan terutama mengenai liputan rangkaian telekomunikasi.

"Kalau untuk liputan 5G adalah sangat-sangat penting bahawa pengguna itu melanggan kepada pakej 5G dan mempunyai peranti yang sesuai untuk kegunaan 5G.

"Oleh hal demikian, KKD telah bekerjasama dengan syarikat Telco dan menggalakkan mereka untuk mempromosikan pakej Rahmah 5G yang membolehkan pengguna mampu membeli peranti dengan harga murah", kata Nie Ching.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD