fb fb fb fb fb

Lima paras air sungai di Pahang berada pada tahap bahaya

Paras air sungai di empat jajahan di negeri Pahang merekodkan paras bahaya melibatkan Jerantut, Pekan, Maran, dan Rompin/FOTO FAIL BERNAMA

KUANTAN, 26 Disember - Paras air sungai di empat jajahan di negeri Pahang merekodkan paras bahaya pada 10.00 pagi ini.

Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/, lima sungai tersebut melibatkan Jerantut, Pekan, Maran, dan Rompin.

Di JERANTUT, Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang aras air telah melebihi tahap bahaya iaitu 106.71 meter (m) yang menunjukkan trend menaik sebanyak 0.69 m.

Di PEKAN, Sungai Pahang di Kuala Sg. Chini pula merekodkan bacaan 15.46 m melebihi tahap paras bahaya 14.90 m menunjukkan trend menurun.

Di MARAN pula, melibatkan Sungai Luit di Kampung Subuh iaitu dengan bacaan 28.12 m melebihi tahap bahaya yang menunjukkan trend menurun sebanyak 1.12 m.

Dua sungai di ROMPIN pula melibatkan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia iaitu merekodkan aras air 11.65 m telah melebihi tahap bahaya 11 m yang mencatatkan trend tiada perubahan dan Sungai Pukin dengan bacaan aras air 46.87 m melepasi tahap bahaya 45 m yang menunjukkan trend menaik sebanyak 1.87 m.

Sementara itu, 13 sungai di negeri itu merekodkan aras air pada tahap amaran yang merekodkan trend menaik.

Manakala, 10 sungai lagi merekodkan aras air pada tahap waspada.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN