fb fb fb fb fb

Lima negeri terima Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi / Foto Fail / Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Lima negeri telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Negeri yang terlibat adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak dan Sabah dengan penyata kewangan tersebut telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi memaklumkan jumlah negeri yang menerima pendapat tanpa teguran adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang telah dikemukakan.

"Lapan negeri lain termasuk Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters)," katanya menerusi kenyataan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024.

Menerusi laporan tersebut, Ketua Audit Negara telah mengemukakan sebanyak 260 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi, serta syarikat kerajaan negeri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN