fb fb fb fb fb

Lima lelaki ditahan, bantu siasatan kes tembak di Kapar

FOTO HIASAN

SHAH ALAM, 7 Mac- Polis menahan lima lekaki berhubung kejadian membabitkan seorang penyelia pengawal keselamatan yang ditembak dari jarak dekat di pekan Kapar.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao berkata kesemua suspek lelaki warga tempatan berusia 40 hingga 45 tahun itu ditangkap dalam tempoh tiga jam bermula pukul 10 malam tadi di sekitar kawasan Kapar.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 4.54 petang semalam, mangsa berumur 46 tahun terkena tembakan di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.

"Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Vijaya berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau balai polis berhampran,”katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE