PETALING JAYA, 20 Julai – Lima kawasan di empat negeri dan satu wilayah persekutuan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 4.00 petang tadi.
Menurut laporan terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan dengan IPU sebanyak 162, diikuti Johan Setia, Selangor (154), Banting, Selangor (154), Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (139) dan Alor Gajah, Melaka (110).
Sebanyak 56 stesen lain merekodkan bacaan sederhana, manakala tujuh stesen mencatatkan bacaan baik iaitu Sarikei, Sarawak (50), IPD Serian, Sarawak (49), Tawau, Sabah (49), Kimanis, Sabah (49), Sibu, Sarawak (46), Samarahan, Sarawak (42) dan Sri Aman, Sarawak (39).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.