fb fb fb fb fb

Lima deretan kedai musnah terbakar di Langkawi

FOTO BOMBA

LANGKAWI, 10 Julai- Lima buah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah di sini, malam tadi.

Kebakaran menyebabkan deretan kedai itu terbakar sekitar 80 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Mohd Hizami Ahmad Azraai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 malam.

Seramai 23 anggota dari BBP Langkawi dan BBP Padang Matsirat bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran itu membabitkan deretan kedai kelas B dengan keluasan 12x12 persegi dan api berjaya dikawal pada pukul 10.25 malam.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SITI AISHAH MD ISA