LIMA ’23: Peniaga makanan disaran tidak menaikkan harga makanan

LANGKAWI, 16 Mei-Pengusaha makanan di sini disarankan agar tidak menaikan harga makanan sewenang-wenangnya sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sektor pelancongan di pulau berkenaan.

“Saya nasihatkan kepada para peniaga di Langkawi agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga kerana tidakan tersebut akan memberi imej tidak baik kepada para pelancong”, katanya.

“Saya juga berharap agar semua pihak terlibat dapat menjaga kebersihan dan keselamatan bagi menjayakan ‘LIMA 23”, katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Langkawi 2023 di Kuah

Sementara itu, Sanusi turut mengesahkan telah menerima jemputan bagi menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Mengulas persediaan Langkawi sebagai tuan rumah acara itu, Sanusi berkata, semua agensi berada pada tahap terbaik bagi memastikan penganjuran LIMA ’23 berjalan lancar.

                                                                                                        (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi)

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan