fb fb fb fb fb

Lepasan TVET dijamin masa depan cerah jika lanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi

Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia, UUM, Profesor Dr Kamarul Azman Khamis

SINTOK, 2 Disember- Penekanan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tinggi sektor industri dalam dan luar negara.
 
Malah lepasan TVET juga mempunyai peluang dan masa depan yang lebih cerah sekiranya mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi hingga ke menara gading.
 
Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia, UUM, Profesor Dr Kamarul Azman Khamis berkata nilai kebolehpasaran lulusan TVET ketika ini berada di tahap yang sangat baik.
 
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, lulusan TVET tidak harus berpuashati dengan keadaan semasa, sebaliknya mereka perlu terus memperkasa kemahiran dan kepakaran diri dengan memiliki pencapaian dan kelayakan akademik di peringkat yang lebih tinggi.
 
"TVET harus diperkasakan, pengajiannya harus dilanjutkan kepada ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. Dalam kita memperkasakan TVET ini perlu adanya pendekatan yang lebih menyeluruh,sistematik dan sebagainya.

"Saya yakin dan percaya apabila pelajar ini keluar nanti mereka akan menjadi pelajar yang berkualiti dalam kita mengharungi dan meneruskan agenda revolusi teknologi. Teknologi begitu penting kepada kita pada hari ini dimana teknologi memainkan peranan penting di dalam kehidupan sejagat dan kehidupan seharian,"katanya.

Beliau berkata demikian di Sintok, Kedah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE