fb fb fb fb fb

Lelaki OKU hilang di rumah pam ditemui lemas

Mangsa, Mohd Rohaizan Abdullah berusia 52 tahun ditemui pada jarak 700 meter dari lokasi dilapor hilang/FOTO Bomba

MARAN, 26 Januari - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang berhampiran rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Bandar Pusat Jengka ditemui lemas 7.05 malam tadi.

Mangsa, Mohd Rohaizan Abdullah berusia 52 tahun ditemui pada jarak 700 meter dari lokasi dilapor hilang.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam.

“Motosikal milik mangsa ditemui di dalam kawasan rumah pam itu oleh pekerja rumah pam yang kemudian membuat laporan polis pada 1 tengah hari tadi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
 
Zulfadli berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan melibatkan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, yang melakukan pencarian di permukaan air dan sekitar tebing sungai.

GRACE AISYAH KEDAYAN