fb fb fb fb fb

Lelaki maut, tiga lagi selamat bot terbalik ketika menjala

FOTO BOMBA MELAKA

JASIN, 15 Februari- Seorang maut manakala tiga yang lain selamat dalam kejadian bot terbalik di sungai berhampiran loji air Kampung Lanchang, Merlimau, Jasin kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Nur Fitri Abd Rahman, 21 tahun.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam mengenai sebuah bot terbalik di sungai berkenaan melibatkan empat sekeluarga yang sedang menjala ikan kira-kira pukul 10.36 pagi.

Setibanya pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati tiga mangsa telah diselamatkan oleh orang awam, namun seorang lagi mangsa gagal ditemui.

Pencarian dilakukan menggunakan teknik ‘water surface’ melibatkan tiga sektor.

Mayat akhirnya ditemukan tersangkut di bawah akar pokok menjalar kira-kira 50 meter daripada lokasi dilaporkan terjatuh pada pukul 2.21 petang.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Mangsa yang selamat juga dibawa ke Hospital sama untuk rawatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE