fb fb fb fb fb

Lelaki maut tertimbus tanah ketika gali telaga

FOTO FB JBPM Negeri Kelantan

PASIR MAS, 16 April- Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah pada kedalaman 6.1 meter (m) ketika menggali telaga di Kampung Gelam Tok Uban, di sini, pada pukul 6.17 petang semalam.

Mangsa, Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, ditemukan oleh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas yang turut dibantu orang awam menggunakan jengkaut pada pukul 7.15 malam.
 
Ketua BBP Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan bergegas ke lokasi sebelum mendapati terdapat mangsa tertimbus.
 
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
 
Berdasarkan maklumat, mangsa dilapor baru selesai menggali telaga berkenaan dan mahu menurunkan gegelung konkrit, namun tebing telaga terbabit tiba-tiba runtuh sebelum menimbus mangsa.
 
Sepasukan 10 anggota bomba membantu mencari mangsa, selain turut dibantu oleh beberapa penduduk kampung.

SITI AISHAH MD ISA