fb fb fb fb fb

Lelaki maut tersepit, kereta langgar pembahagi jalan

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

SERIAN, 9 Mei- Dua individu yang menaiki sebuah kenderaan telah terlibat kemalangan kendiri di Batu 29, Jalan Kuching, di sini, tengah malam tadi, dengan pemandunya maut di lokasi kejadian.

Komander Opeasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Gilbert Anak Majem berkata, kemalangan kendiri itu berlaku selepas kenderaan mangsa melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.44 tengah malam.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian serta jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati seorang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan sedar, manakala seorang lelaki tersepit di ruang pemandu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah berada di kawasan kemalangan.

Bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang selamat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA