Lelaki maut terjatuh dari pokok petai

Kawasan lelaki ditemukan maut dipercayai terjatuh dari pokok petai di Baling, Kedah hari ini

BALING, 5 Februari- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang dekat sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki 34 tahun ditemui maut di kebun Kampung Bukit Hijau, Kupang, dipercayai terjatuh dari pokok petai.
  • Pemeriksaan awal polis mengesahkan tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
  • Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari tadi dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan