fb fb fb fb fb

Lelaki maut ketika melombong emas

Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa melombong emas dalam kejadian di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, Tanah Merah, Kelantan

TANAH MERAH, 22 September- Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa melombong emas dalam kejadian di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, Tanah Merah, Kelantan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Tinggi II,  Disagar Mani Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kejadian terbabit daripada polis pada jam 4.11 petang.

Beliau ketika dihubungi berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia 56 tahun dan difahamkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas telah melakukan kerja-kerja carian awal di kawasan terbabit yang digenangi air sedalam 0.5 meter.

Pihaknya terpaksa menggunakan khidmat jengkaut bagi melancarkan kerja-kerja mencari mangsa yang tertimbus tanah.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira pukul 6.00 petang dan diserahkan kepada polis, seterusnya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

ROSLINA BINTI DIN