fb fb fb fb fb

Lelaki maut kereta terbabas di PAN Borneo Bintulu - Miri

FOTO IPD MIRI

MIRI, 3 Jun- Seorang lelaki berumur 22 tahun maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo (Simpang Ngu, Niah), dekat Miri pukul 7 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan mengesahkan, hasil siasatan pihak polis mendapati kenderaan yang dipandu  mangsa dari arah Bintulu ke Miri telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan raya.

Kesan kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan pada keseluruhan badan kenderaan dan mengakibatkan pemandu telah tercampak keluar daripada kenderaan.

Pemandu berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE