fb fb fb fb fb

Lelaki maut kemalangan dua buah kereta

Foto JBPM

JOHOR BAHRU, 19 Jun - Seorang lelaki maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Lebuh Persisiran Pantai Johor Bahru - Nusajaya, Iskandar Puteri, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Sulaiman berkata, mangsa Muhammad Aidil Zafril Abdullah, 26 tahun pemandu kenderaan pelbagai guna (MVP) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tujuh penumpang MPV berkenaan serta seorang pemandu kereta lain, S.Subeshen berusia 22 tahun, cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan," menurutnya menerusi satu kenyataan.

Katanya, seramai sembilan anggota dan dua buah jentera termasuk sebuah FRT serta sebuah RRV digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat kira-kira pukul 12.30 pagi tadi.

TETITIA YUSOFF