Lelaki maut kemalangan di Limbang

Kemalangan maut di Jalan Kampung Bakol

LIMBANG, 17 Februari – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan menyebabkan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar batang paip di Jalan Kampung Bakol, di sini petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Stanley Libau Asing, 24 tahun, mengalami kecederaan pada muka dan kepala.
  • Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kerja sebagai pegawal keselamatan di SK Menuang Limbang.
  • Kenderaan hilang kawalan, terbabas, melanggar batang paip dan masuk ke dalam semak; mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot dalam kenyataan memaklumkan, mangsa Stanley Libau Asing, 24 tahun dari Kampung Lubuk Tuan maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala dalam insiden kira-kira 6.02 petang itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari bandar Limbang hendak ke tempat kerja sebagai pegawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang Limbang.

“Ketika tiba di Jalan Kampung Bakul menuju ke Medamit kereta dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar batang paip seterusnya masuk ke dalam semak,” menurut kenyataan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.