fb fb fb fb fb

Lelaki maut disyaki lemas di Air Terjun Giam

FOTO HIASAN

KUCHING, 21 September - Seorang lelaki dipercayai lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari.

"Mangsa berusia 21 tahun berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE