fb fb fb fb fb

Lelaki maut dihempap tembok konkrit di Melaka

Foto RTM

MELAKA, 25 Jun- Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan tembok konkrit ketika melakukan kerja perparitan di Kampung Gunung Emas, Asahan, Jasin dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, mangsa, Nazri Yazid, 50 yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian.

"Pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.49 pagi. Sebuah jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 11.12 pagi.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati seorang lelaki dihempap runtuhan tembok dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan KKM (Kementerian Kesihatan).

"Mangsa berjaya dikeluarkan daripada sisa runtuhan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba," katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.36 pagi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM