fb fb fb fb fb

Lelaki maut dihempap pokok balak di Gua Musang

FOTO PDRM GUA MUSANG

GUA MUSANG, 10 Disember- Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok balak dalam kejadian di kawasan matau balak Kuala Betis, sini, Kelantan.

Mangsa merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Dian Hermawan, 32, maut dalam kejadian pukul 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
 
Siasatan awal mendapati mangsa sedang berehat di dalam jengkaut dan secara tiba-tiba sebatang pokok balak terjatuh ke atas mesin penggali tersebut.
 
Ekoran itu mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
"Tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa. Mayat (kemudian) dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan.

Sik Choon turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

SITI AISHAH BINTI MD ISA