BALING, 5 Mac- Seorang lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Baling di sini, kira-kira pukul 12.13 tengah hari tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling diketuai Komander Operasi, Mohd Jamil Mat Daud digerakkan ke lokasi kejadian bagi menurunkan mangsa.
Menurut kenyataan itu, mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika aktiviti pendakian dan berada di puncak gunung bersama rakan-rakannya.
Bomba berjaya membawa mangsa turun, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.