(Foto Bomba Perak)
IPOH, 9 Julai- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di Kampung Orang Asli, Sungai Tanggang, Ulu Kinta di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali pasti sebagai K. Santosh, 18.
Sabarodzi berkata, maklumat awal berhubung kejadian diterima pihaknya pada pukul 5.00 petang.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun kemudian dihantar ke lokasi kejadian.
Jelas beliau, mangsa dijumpai oleh orang asli yang tinggal di kawasan berkenaan.
Mangsa disahkan maut oleh pihak hospital dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
(Foto Bomba Perak)