fb fb fb fb fb

Lelaki dibaham buaya di Kunak ditemukan

Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota JBPM Sabah/foto JBPM Sabah

KUNAK, 1 Oktober - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dibaham buaya semasa melakukan aktiviti memukat di sungai dalam kawasan Ladang KLK Jatika, Kunak ditemukan meninggal dunia.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 9.41 pagi tadi.

Ridwan Nawir, 50 tahun ditemukan orang awam bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan disambar buaya.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan pada 11.18 pagi mengenai seorang lelaki dikhuatiri disambar buaya.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggota bomba dan penduduk kampung.

Trainee