GUA MUSANG, 13 Mei - Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah dalam kejadian di Ladang Kampung Om Blau, Gua Musang,Kelantan, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian pukul 5.00 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Siasatan awal mendapati, mangsa dan rakan telah terserempak dengan haiwan berkenaan semasa dalam perjalanan pulang dari ladang.
Jelas Choon Foo, mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri.
Ujar Choon Foo dalam satu kenyataan media hari ini, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan pihak polis.
Tambah Choon Foo, pihaknya urut mengingatkan supaya tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.