fb fb fb fb fb

Lebih RM74 juta bayaran dividen interim diterima 70,000 peserta Felcra

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

KOTA BHARU, 29 Mac- Pembayaran dividen interim kali ketiga tahun 2023 kepada lebih 70,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara telah diselesaikan.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keseluruhan pembayaran yang dikreditkan kepada akaun peserta itu dianggarkan melebihi RM74 juta.

Jelas beliau, bayaran dividen di buat juga bagi membolehkan kalangan peserta membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.  

Setiap tahun sebanyak tiga kali pembayaran dividen dibuat dan jumlah dividen bergantung kepada harga semasa minyak sawit mentah dunia.

"Paling ramai penerimanya adalah dari Pahang, Johor dan juga Sarawak untuk keperluan Hari Raya, ini adalah interim terakhir 2023 bukan tahun ini, tahun ini insya-Alah kalau akan di bayar Mei nanti,"katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Kelantan, di Kota Bharu.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ahmad Jazlan menggesa Kerajaan Kelantan memudahkan urusan penyediaan tanah untuk di bangunkan Felcra.

Setakat ini, menurut beliau, pihaknya tidak dapat membantu rakyat di negeri itu ekoran kekangan berkenaan berbanding di negeri-negeri lain.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE