KUALA TERENGGANU, 28 Januari-Sebanyak RM22.8 juta kerugian akibat kebakaran dan lebih RM380 juta berjaya diselamatkan sepanjang tahun lepas.
Pengarah JBPM Negeri Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata jumlah tersebut berkurangan kepada 20 peratus iaitu RM27.36 juta yang dicatatkan pada tahun 2023.
Nor Mahathir turut mendedahkan kira-kira 2,622 panggilan kes kebakaran dan sebanyak 2,473 panggilan penyelamatan direkodkan sepanjang tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, JBPM negeri masih berada dalam keadaan siap siaga dengan memberi tumpuan dan rondaan di kawasan pantai sepanjang Monsun Timur Laut yang masih lagi berlaku.
Sementara itu, Nor Mahathir yang ditemui pada Majlis Perbarisan tahunan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi, orang awam dan pengamal media serta penyerahan kenderaan pasukan Bomba Sukarela di sini.