fb fb fb fb fb

Lebih 8,000 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan JPJ

GENTING HIGHLANDS, 6 Mei - 8,036 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2022, di seluruh negara sehingga semalam.

Kesemua saman dikeluarkan menerusi pemeriksaan 44,737 kenderaan sejak operasi bermula pada 29 April lalu

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata masih ramai lagi pemandu yang mengingkari peraturan jalan raya, walaupun pihaknya sebelum ini telah menasihati pemandu agar mematuhi peraturan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika melakukan pemeriksaan khas di Terminal Bas Genting Highlands, Pahang.


(Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan)

Sementara itu, 11 buah bas diperiksa dan kesemuanya mematuhi peraturan ditetapkan.

Operasi bertujuan memastikan kenderaan awam terlibat berada dalam keadaan baik termasuk mempunyai brek kedua selain pemandu yang mematuhi undang-undang.

"Pemeriksaan khusus yang kami jalankan juga terhadap bas-bas ini termasuk bagi bas-bas persiaran.

"Mereka perlu ada brek kedua, kerana laluan-laluan ini memanglah laluan-laluan yang memerlukan brek yang betul-betul terbaik bagi memastikan keselamatan", katanya.

27 kenderaan berat yang melanggar larangan berada atas jalan raya semasa tempoh perayaan turut dikenakan tindakan.

Media Baharu