fb fb fb fb fb

Lebih 8,000 PATI telah dihantar pulang ke negara asal tahun lalu

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff /Foto RTM

KOTA KINABALU, 29 Januari - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang kira-kira 8,678 pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata program penghantaran pulang ke negara asal berkenaan dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

"Proses penghantaran berkenaan dilaksanakan sebanyak 83 kali iaitu sebanyak 41 kategori laut dan 42 kategori udara.

"Untuk tahun ini kita telah menghantar pulang sebanyak 1,529 pendatang sehingga 25 Januari lepas", kata Sitti Saleha dalam sidang media di sini.

Katanya, Seramai 30,918 pendatang telah diperiksa dan 4,108 ditahan, manakala 22 majikan didakwa atas pelbagai kesalahan.

Ditanya mengenai kesesakan di depoh tahanan Imigresen di Sabah,Sitti Saleha berkata, masalah berkenaan tidak lagi berlaku dan situasi tersebut berlaku ketika negara dilanda pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun yang lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD