fb fb fb fb fb

Lebih 5,000 notis kesalahan larangan merokok dikeluarkan di Terengganu

FOTO HIASAN

KUALA NERUS, 15 Februari - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan lebih 5,000 notis kesalahan berkaitan kesalahan bawah penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan zon bebas asap rokok sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, notis kesalahan dikeluarkan turut melibatkan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR).
 
Katanya, daripada jumlah operasi dijalankan dari tahun 2023 sehingga sekarang sebanyak 1,345 notis kesalahan dikeluarkan adalah bawah 'Ops Gomo Asap', iaitu melibatkan pemeriksaan di 3,022 premis makanan dan 1,805 di TBAR.

"Ops Gomo Asap', iaitu penguatkuasaan kesalahan merokok di tempat makan seperti mana pewartaan kawasan larangan merokok bawah peraturan 11. Dan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok bawah peraturan 22(2) yang ini yang mana kita kawasan TBAR kita di kawasan Batu Burok. Kita mulakan ops ini pada tahun lepas dan berterusan hingga ke tahun ini," kata Dr Kaseman kepada pemberita, di sini.

Keseluruhan operasi tersebut melibatkan 321 anggota penguatkuasaan Jabatan Kesihatan dari Ibu Pejabat dan seluruh daerah di Terengganu.

TETITIA YUSOFF