fb fb fb fb fb

Lebih 300 peserta sertai Forum Kenegaraan Malaysia MADANI di Perlis

Forum Kenegaraan Malaysia MADANI di Felda Mata Ayer Utara, Padang Besar

PADANG BESAR, 9 Disember - Lebih 300 peserta daripada komuniti setempat, khususnya golongan belia menyertai Forum Kenegaraan Malaysia MADANI dalam menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh kesedaran generasi muda terhadap perpaduan, keharmonian dan nilai-nilai teras Malaysia MADANI.

Presiden Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs), Mohd Jeffry Hassan berkata, forum berkenaan memberi ruang kepada belia untuk bersuara dan menyumbang pandangan berkaitan isu kenegaraan dari perspektif generasi muda.

"Forum ini berupaya mengukuhkan jati diri dan identiti nasional dalam kalangan belia agar menjadi ejen perubahan yang bertanggungjawab dan berintegriti serta berwawasan untuk masa depan negeri dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Kenegaraan Malaysia MADANI di Felda Mata Ayer Utara di sini.

Ahli panel pada forum berkenaan terdiri daripada Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis, Mohd Shaiful Md Desa; Setiausaha Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Negeri Perlis, Zaini Meh dan Pengerusi NGO Cinta Bangsa, Dr. Khairul Anam Che Mentri.

Pelaksanaan forum forum berkenaan merupakan inisiatif Persatuan MyPesona Negeri Perlis, Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Felda Mata Ayer (U).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI