fb fb fb fb fb

Lebih 300,000 pengunjung banjiri Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Orang ramai membanjiri Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Dijangkan lebih 300,000 pengunjung hadir ke sini termasuk pelancong luar bagi meraikan dan menyaksikan perayaan tersebut.

Thaipusam yang dirai pada bulan 'Thai', bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan.

(Antara pengunjung yang hadir ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves)

Seramai 5,000 sukarelawan digerakkan bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan Thaipusam di kuil tersebut yang bermula sejak semalam.

Media Baharu