fb fb fb fb fb

Lebih 30 rumah setinggan di SPMP Labuan bakal dirobohkan

LABUAN, 15 Ogos- Lebih 30 rumah setinggan haram yang didiami kira-kira 200 penduduk di Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Labuan bakal dirobohkan dalam satu operasi bersepadu hujung minggu ini.

Operasi akan diketuai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian  Wilayah Persekutuan Labuan (PPTGWP) dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Malaysia dan Perbadanan Labuan.

Operasi meroboh rumah setinggan itu adalah tindakan agresif agensi menangani kes pencerobohan harta kerajaan, selain mengawal isu kebersihan , jenayah dan sosial seperti kes curi elektrik serta mengambil kira faktor keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Sebagai persiapan terakhir sebelum kerja-kerja meroboh dilaksana, agensi berkenaan baru-baru ini menjalankan satu sesi pemantauan berhampiran SPMB berkenaan.

Ia bagi mengenal pasti rumah-rumah setinggan yang didirikan di kawasan tidak dibenarkan.

Tinjauan kru RTM mendapati masih ramai yang belum berpindah.


(Satu sesi pemantauan berhampiran SPMB berkenaan dilakukan)

Malah ada sebahagian penduduk yang ingkar dan masih menetap di kawasan tersebut.
 
Penempatan setinggan berkenaan sebahagian besar dihuni oleh komuniti pelarian Filipina.

Sebelum ini penduduk di penempatan haram itu itu diberi tempoh sehingga selepas Aidilfitri untuk meroboh rumah setinggan di sepanjang sungai dan di luar kawasan di bawah MKN.

Media Baharu