fb fb fb fb fb

Lebih 120,000 pengunjung ke Laman Perikanan MAHA

Foto BERNAMA

SERDANG, 16 September- Lebih 120,000 pengunjung berkunjung ke Laman perikanan setakat hari keenam penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata ia bukan sahaja mempamerkan pelbagai jenis hidupan akuatik, tetapi turut mengetengahkan inovasi dan mekanisasi dalam sektor perikanan.

Sekali gus, menjadi platform pembelajaran kepada masyarakat yang ingin mengetahui sektor perikanan dengan lebih mendalam.

Antara yang menjadi tarikan di laman berkenaan termasuklah pameran ikan tuna segar bersaiz 75 kilogram yang ditangkap di perairan Malaysia dan dibawa khas dari Labuan, rangka ikan paus yang diawet sepanjang 12 meter dan aktiviti memancing udang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM