KUALA LUMPUR, 20 September- Lebih 10,000 orang membanjiri Axiata Arena Bukit Jalil bersempena Himpunan Keadilan, Suara Rakyat, Suara Keramat.
Bertemakan "Dari Reformasi Ke Malaysia MADANI", ia antara lain bertujuan memperingati detik bermulanya era gerakan reformasi di Malaysia.
Himpunan yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dibahagikan kepada tiga babak iaitu permulaan merangkumi Ada Apa Dengan 2 hingga 20 September 1998, Gerakan Rakyat dan Demonstrasi serta Suara Rakyat.
Babak kedua pula adalah perjuangan yang meliputi Pembebasan DSAI, Agenda Ekonomi Malaysia dan Kemenangan Semakin Hampir.
Malaysia MADANI pada babak ketiga pula mengetengahkan Reformasi dan Masa Depan Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.