fb fb fb fb fb

Lebih 1,100 premis di Negeri Sembilan menjalani proses pemutihan

J. Arul Kumar

SEREMBAN, 25 Jun- Sebanyak 1,125 premis di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Kawasan Perindustrian Ringan Taman Semarak 2 dan Kawasan Industri Nilai Inland Port, Nilai 7, sedang menjalani proses pemutihan bagi penilaian semula hartanah untuk menentukan penilaian jumlah cukai taksiran.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar, premis tersebut termasuk bengkel dan industri kecil yang sebelum ini disalah klafikasikan sebagai kawasan komersil dan sepatutnya berstatus kawasan industri.

"Jadi ini adalah satu proses yang biasa, kita dalam proses pemutihan dan ini melibatkan kawasan industri, sebelum ini tidak melibatkan kawasan lain melibatkan kawasan industri sebab itu cukai taksiran memang ada kenaikan dua kali ganda memang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Beberapa sesi pertemuan dengan pemilik hartanah juga telah diadakan sebelum menaikkan cukai taksiran.

Sementara itu, penilaian semula hartanah di Negeri Sembilan juga akan dijalankan bagi menentukan penilaian tepat jumlah cukai taksiran kali terakhir penilaian semula dilaksana pada tahun 1983.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mempunyai kira-kira 350,000 hartanah bawah bidang kuasanya dan telah melantik vendor bagi tujuan penilaian tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI