
KUALA LUMPUR, 9 Januari -Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik antara kedua-dua negara.
- Penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi menunjukkan kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Turkiye.
- Lawatan memperkukuh komitmen bersama mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, termasuk sokongan terhadap isu Gaza.
- Kunjungan rasmi itu melebihi jangkaan dan menegaskan tekad melaksanakan persetujuan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Menurut Perdana Menteri, penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa yang telah terjalin antara Malaysia dan Turkiye.
“Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau
Datuk Seri Anwar turut menyifatkan, kunjungan atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdoğan itu melebihi jangkaan.
Malah, ia turut memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.